Program USR Fakulti Pengurusan Perniagan, UiTM Cawangan Pahang

Jawatankuasa Khidmat Masyarakat Universiti (USR), Pusat Pengajian Pengurusan Gunaan (PPPG), Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP), UiTM Cawangan Pahang dengan anjuran bersama Alumni Pelajar Pusat Pengajian Pengurusan Gunaan (PPPG) dalaman UiTM meneruskan misi dan usaha membantu para pelajar yang memerlukan bantuan serta dengan pelaksanaan Universiti Social Responsibilities USR-UiTM Alumni 2022.

Sumbangan berbentuk laptop telah diberikan kepada pelajar di atas sumbangan prihatin yang disampaikan oleh Alumni melalui program USR ini. Semoga usaha yang murni ini dapat diteruskan lagi di masa yang akan datang bagi meringankan beban pelajar yang memerlukan ini.