Pensyarah FSKM penerima menerima Anugerah Makalah Jurnal Terbaik

Dr Khuzaimah Soid

Seorang pensyarah Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) , Dr Siti Khuzaimah Soid telah menerima Anugerah Makalah Jurnal Terbaik (kategori Sains, Teknologi dan Perubatan) sempena Majlis Anugerah MAPIM-KPT 2018 bertempat di Marriot Hotel Putrajaya baru-baru ini.

Makalah jurnal bertajuk MHD Stagnation-Point Flow  Over A stretching/Shrinking Sheet in a Micropolar Fluid with a Slip Boundary  merupakan hasil penulisan bersama 2 orang lagi penyelidik  iaitu Prof. Dr Anuar Mohd Ishak (UKM ) dan Prof. Ioan Pop (Babes-Bolyai University, Romania) .

Majlis Anugerah MAPIM-KPT 2018 ini merupakan acara tahunan anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di bawah payung Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) yang telah menjangkau tahun ke-12 penganjurannya dalam mengiktiraf industri buku di Malaysia.

1
0