Pensyarah Fakulti Pendidikan sebagai Panel Pakar dalam Pemurnian Dasar Kebudayaan Negara (DKN)

Ahli Mesyuarat Pemurnian Dasar Kebudayaan Negara (DKN)

Pensyarah kanan Program Pendidikan Seni dan Senireka, Fakulti Pendidikan, UiTM Cawangan Selangor, Dr. Badrul Isa, telah dijemput sebagai panel pakar ke Mesyuarat Pemurniaan Dasar Kebudayaan Negara (DKN) yang diadakan pada 21 September 2019 di Majestic Hotel, Kuala Lumpur.

Mesyuarat yang dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) diadakan dengan tujuan untuk menyediakan dokumen Dasar Kebudayaan Negara (DKN) yang dijangka akan dilancarkan pada penghujung tahun 2019. Dokumen DKN ini adalah bagi menggantikan Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) yang diperkenalkan pada tahun 1971. Penglibatan langsung Dr. Badrul Isa serta panel pakar yang lain membantu dalam memperhalusi dan memurnikan dasar berkaitan seni, budaya dan warisan negara agar lebih holistik dan komprehensif.

Mesyuarat melibatkan pentadbir, penggiat, seniman dan ilmuan dalam bidang kebudayaan. Antara jemputan panel pakar adalah Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, Dato’ A. Aziz Deraman, Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong, Datuk Zainal Abidin Borhan, Tuan E Pian a/l Pro Poul, Prof. Madya Dr. Sarjit Singh Darshan Singh dan Puan Janet Pilai.

1
0