Pensyarah Fakulti Pendidikan Dilantik Sebagai Instructor Kursus Kejurulatihan Akar Umbi FAM

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah menganjurkan Kursus Kejurulatihan Akar Umbi FAM yang berlangsung di Wisma FAM. Pensyarah kanan Fakulti Pendidikan, En. Mohd Noorazam Abd Razak, Coach Developer Akar Umbi FAM Tahap 1, telah dilantik sebagai salah seorang tenaga pengajar untuk kursus tersebut.

Kursus yang berlangsung selama dua hari ini dikendalikan oleh Ketua Unit Akar Umbi FAM, Samuel Siew. Selain En. Mohd Noorazam, kursus ini turut dibantu oleh Leila Chua, juga merupakan Coach Developer Akar Umbi FAM Tahap 1.

Kursus ini bertujuan melahirkan jurulatih bolasepak akar umbi yang bertauliah dan selari dengan DNA, PersatuanĀ  Bolasepak Malaysia (FAM) dalam menuju objektif F30 FAM.

Peserta-peserta yang terlibat adalah dari kalangan jurulatih-jurulatih bolasepak dari Akademi Bolasepak, sekolah-sekolah malahan ibu bapa juga terlibat sama dalam kursus ini. Peserta dalam kursus ini didedahkan dengan sesi teori di dalam kelas dan praktikal di padang latihan.

Kursus akar umbi ini telah dijalankan secara berperingkat dan telah diadakan di seluruh negara, dan ini merupakan kursus yang ke 20 dianjurkan sepanjang ianya diperkenalkan.

1
0