Pensyarah Fakulti Pendidikan bantu Pengemaskinian Pelan Kualiti Perkhidmatan Tabika KEMAS

Pensyarah kanan Program Pengajian Pendidikan, Fakulti Pendidikan, UiTM Cawangan Selangor, Dr.  Mohd. Radzi, telah menghadiri Bengkel Penyemakan dan Pengemaskinian Pelan Kualiti Perkhidmatan Tabika KEMAS 2020-2030 yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Bengkel yang diadakan di Corus Hotel Kuala Lumpur pada 18 hingga 20 September 2019 itu bertujuan untuk menghasilkan pelan kualiti yang komprehensif menjelang pelancaran pelan kualiti Perkhidmatan Tabika KEMAS pada hujung Oktober 2019.

Latarbelakang akademik Dr. Fatin Aliana di dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak membolehkan beliau memberikan pandangan serta input yang signifikan dalam membantu pihak pengurusan KEMAS melengkapkan kajian Kualiti Perkhidmatan Tabika KEMAS.

Bengkel selama 3 hari itu memfokuskan kepada pengemaskinian pelan yang berpusatkan pelaksanaan kurikulum dan ko-kurikulum yang lebih kukuh, keselamatan tabika KEMAS yang lebih mantap serta pelaksanaan strategic KEMAS untuk 10 tahun.

0
0