PENSYARAH ACIS UITM PULAU PINANG MENERIMA TAULIAH MENGAJAR AGAMA ISLAM PULAU PINANG 2023

GEORGETOWN, 21 Julai 2023 – Seramai 13 orang pensyarah daripada Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menerima Tauliah Mengajar Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Majlis penyerahan tauliah tersebut telah diadakakan pada 20 Julai 2023, Khamis bertempat di Dewan Syarahan Masjid Negeri Pulau Pinang.

Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Ir. Hj. Ahmad Zakiyuddin bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang merangkap Yang Dipertua MAINPP. Majlis tersebut diisi dengan amanat oleh YB Dato’ TKM diikuti lafaz ikrar Aku Janji serta tandatangan oleh para penerima tauliah.

Penganugerahan ini merupakan satu amanah yang bermakna buat semua pensyarah ACIS untuk terus memberikan khidmat bakti dan sumbangan kepada warga kampus khususnya serta masyarakat di Pulau Pinang keseluruhannya.