Permatang Pauh, 21 Oktober 2024 – Satu program perundingan yang bertemakan “Pengurusan Holistik dan Kepimpinan Dinamik: Membangunkan Kelestarian Masjid Jamek Nurussaadah, Lunas, Kulim, Kedah” telah berjaya dianjurkan oleh Jabatan Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang pada 19 Oktober 2024. Program ini merupakan projek perundingan bagi penjanaan pendapatan kepada universiti. Para peserta program adalah seramai 43 orang peserta dalam kalangan ahli jawatankuasa Masjid Jamek Nurussaadah, Lunas, Kulim, Kedah.
Objektif program adalah untuk meningkatkan kecekapan pengurusan, memperkasakan kepimpinan masjid, memperkenalkan amalan terbaik sejajar dengan amalan professional dan tuntutan semasa, serta menggalakkan kerjasama dan jaringan komuniti antara masjid dan komuniti setempat serta badan-badan lain.
Selain didedahkan dengan amalan terbaik dalam pengurusan sejajar dengan amalan professional dan tuntutan semasa iaitu planning, organizing, leading dan controlling (POLC), para peserta telah menjalankan aktiviti berkumpulan, dimana setiap kumpulan peserta perlu mengenalpasti aktiviti yang akan dijalankan bagi 2025 untuk mengimarahkan masjid dan menjana pendapatan masjid.
Impak dari program yang dianjurkan ini dapat dilihat kepada para peserta program dimana pendedahan mengenai kepentingan amalan terbaik dalam pengurusan dalam menguruskan aktiviti atau perniagaan dengan lebih berkesan dan cekap sejajar dengan amalan professional dan tuntutan semasa . Program ini juga dapat meningkatkan minat komuniti setempat untuk mendekati masjid melalui program-program menarik, teratur dan bermanfaat yang dianjurkan oleh pihak masjid. Seterusnya, ini merupakan satu platform yang baik bagi Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang, khususnya Jabatan Pengurusan dan Perniagaan dalam menjadi penyedia latihan (training provider) kepada stakeholders dan juga dalam menjalankan kerjasama bagi meningkatkan tanggungjawab sosial universiti.
Penulis bersama: Nor Fadzilah Zainal, Siti Nur Fathini Muhsain, Dr Mohd Subri Tahir.