Pengiktirafan Akreditasi 5 Tahun oleh Engineering Accreditation Council (EAC)

Tahniah! Tahniah diucapkan kepada semua warga Fakulti Kejuruteraan Kimia (FKK) atas kejayaan mendapat pengakreditasian penuh selama lima (5) tahun oleh Engineering Accreditation Council Malaysia (EAC) bagi program 

  • Bachelor of Engineering (Hons) Chemical EH220
  • Bachelor of Chemical Engineering (Environment) with Honours EH224

Akreditasi ini adalah penting bagi memperakukan bahawa kelayakan akademik yang dianugerahkan UiTM dalam bidang tersebut adalah selaras dengan piawaian dan kualiti yang ditetapkan oleh Lembaga Jurutera Malaysia.

Tahniah sekali lagi kepada warga FKK yang sentiasa komited dalam memastikan kurikulum program sentiasa relevan dengan keperluan dan perkembangan semasa.

Semoga di atas kejayaan ini dapat memberi aspirasi dan impak yang tinggi kepada warga UiTM khususnya fakulti ini di samping dapat menaikkan lagi imej keprofesionalan graduan kejuruteraan kimia UiTM.

0
0