PENGARUH SENI BATIK DI NUSANTARA

SHAH ALAM – Jawatankuasa Perwakilan Kolej Melati Sesi 2022/2023 UiTM Shah Alam telah mengadakan program atas talian iaitu Pengaruh Seni Batik di Nusantara pada 2 Julai 2022 jam 2:00 petang (GMT+8) di Malaysia dan 1:00 petang (GMT+7) di Indonesia yang melibatkan panel jemputan dari Indonesia dan juga Malaysia.

Program ini merupakan anjuran Exco Kesenian dan Kebudayaan, saudari Aleesha ‘Ain Husna Binti Hashim bersama penasihat program, Puan Nurul Suhana Binti Mohd Noor yang mengadakan program ini kepada srikandi melati. Tujuan program ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar dan memupuk kecintaan terhadap budaya dan kesenian yang terdapat di negara-negara ini disamping menjalinkan hubungan yang akrab bersama organisasi luar. Justeru itu, program ini adalah mempromosikan batik yang terdapat di Malaysia kepada negara-negara luar.

Program ini telah menjemput dua orang panel jemputan iaitu Puan Rosidah Binti Abdullah. Beliau merupakan Pengarah Muzium Tekstil Negara dari Jabatan Muzium Malaysia di bawah Kementerian Kebudayaan, Seni dan Budata Malaysia. Beliau merupakan graduan Sarjana Muda Seni Reka (Tekstil) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada tahun 1988. Panel jemputan yang kedua ialah Professor Dr. Timbul Haryono, M.S.C. Beliau merupakan guru besar dalam ilmu arkeologi pada Fakultas Ilmu Budaya Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta. Menurut Puan Rosidah, motif batik Malaysia lebih fokus kepada fauna seperti rebung, daun keladi dan bercorak geometri. Manakala menurut Professor Dr. Timbul Haryono menyatakan di Indonesia mempunyai batik tulis dan batik cop.

Pengarah program, Aleesha ‘Ain Husna Binti Hashim berkata, “Saya berharap agar semua pelajar kolej melati lebih menghargai keunikan seni batik yang ada di nusantara terutama di Malaysia.”