30 April, Georgetown – Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA), Kolej Pengajian Kejuruteraan, UiTM Cawangan Pulau Pinang telah mengadakan lawatan muhibbah ke Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Pulau Pinang yang bertempat di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), Georgetown Pulau Pinang. Delegasi PKA telah diketua oleh Profesor Dr. Roslan Zainal Abidin selaku Felo Bersekutu dan disertai oleh Profesor Madya Ir. Dr. Ng Kok Shien, Dr. Salina Alias dan Ts. Dr. Mohd Samsudin Abdul Hamid. Manakala delegasi dari JPS diketuai oleh Ir. Hj. Mohd Nazri Yasmin, Pengarah JPS Negeri Pulau Pinang, En. Ahmad Kamil Jamaludin (Timbalan Pengarah Pembangunan I), Ir. Lee Liang Wang (Ketua Penolong Pengarah Operasi), bersama beberapa orang jurutera mereka.
Tujuan ini kunjungan ini adalah untuk meningkatkatkan keterlihatan PKA, UiTM Cawangan Pulau Pinang dalam pelbagai aspek kepakaran seperti penyelidikan, perundingan, penulisan kertas ilmiah, penawaran program akademik dan pelabagai aktiviti seperti tanggungjawab sosial dan penganjuran program. Dalam pada itu, pihak PKA juga telah mengajukan cadangan penubuhan Stesen Hujan Telemetri di UiTM Cawangan Pulau Pinang bagi menggantikan stesen yang lama yang bertujuan untuk mengumpul data hujuan di kawasan UiTM Cawangan Pulau Pinang dan kawasan sekitar untuk memantau jumlah taburan hijau. Selain itu juga, data-data yang dikumpulkan juga dapat digunakan bagi tujuan penyelidikan di dalam bidang kejuruteraan hidrologi dengan kerjasama pihak JPS sebagai penyelidik bersama. Data ini juga boleh digunakan untuk memantau keadaan banjir di kawasan sekitar kerana kawasan ini merupakan kawasan yang sering terdedah kepada banjir yang mampu merekodkan kerugian dan kemusnahan harta benda.
Menurut Ir. Hj. Mohd Nazri Yasmin ’Peluang kerjasama ini juga dapat dilebarkan dalam memberikan kemahiran praktikal kepada pelajar UiTM bagi ditempatkan bersama kontraktor di bawah JPS Negeri Pulau Pinang sebagai peluang meningkatkan kemahiran dalam kalangan graduan UiTM’. Beberapa persetujuan secara verbal juga telah diperolehi hasil kunjungan ini di antaranya adalah di dalam aspek penganjuran kursus, seminar dan persidangan secara bersama dalam meningkatkan kemahiran staf JPS melalui kepakaran tenaga mahir yang berada di PKA, UiTM Cawangan Pulau Pinang. Sinergi ini merupakan satu langkah yang selari dalam meletakkan UiTM sebagai Universiti Terkemuka Dunia 2025 melalui beberapa indikator pencapaian dibawah penyelidikan, penerbitan dan tanggungjawab sosial. Satu perancangan telah diadakan untuk menerbitkan jurnal ilmiah melalui kajian yang telah dijalankan oleh JPS dengan kerjasama pensyarah PKA bagi memastikan kajian yang telah dijalankan bukanlah perkara yang sia-sia dan ianya dapat diaplikasikan dan dikongsi bersama dalam pelbagai peringkat.
Dalam pada itu, lawatan ini juga sebagai langkah untuk menjadikan JPS sebagai salah satu pakar rujuk bagi mendapatkan maklumat terkini berkenaan keperluan industri yang boleh diterapkan di dalam silibus akademik Diploma Kejuruteraan Awam, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Kepujian) Infrastruktur yang ditawarkan di UiTM Cawangan Pulau Pinang. Selain itu, beberapa pakar di JPS ini juga boleh memberikan sumbangan sebagai Panel Penilai Industri bagi program diploma dan ijazah sarjana muda supaya ianya menjadi sebuah program yang berkualiti dan diiktiraf oleh Lembaga Jurutera Malaysia. Besarlah harapan melalui kerjasama ini ianya mampu meningkatkan kualiti kerja, pengurusan dan pentadbiran PKA, UiTM Cawangan Pulau Pinang untuk menjadi sebuat organisasi yang mampu menyumbang kepada pembangunan kemahiran teknikal di dalam bidang kejuruteraan awam ke peringkat tertinggi.
Penulis bersama: Roslan Zainal Abidin, Ng Kok Shien, Salina Alias, Juhaizad Ahmad