UiTM Cawangan Perak, 2 Mei 2024 – Telah berlangsung satu sesi Pengajaran dan Pembelajaran secara kolaboratif di ACC3, Makmal Bahasa, UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar secara bersemuka. Program ini melibatkan kod kursus TPR252 (Geographical Information System) anjuran Jabatan Pengajian Alam Bina dan Teknologi, Kolej Alam Bina, UiTM Seri Iskandar, Cawangan Perak.
Hasil daripada perkongsian oleh Gs. Dr. Munirah Radin Mohd Mokhtar, pensyarah kanan dari Program Sains Ukur dan Geomatik, Pengajian Alam Bina dan Teknologi, Kolej Pengajian Alam Bina, UiTM Seri Iskandar, Cawangan Perak, hampir kesemua pelajar memberi maklumbalas yang baik dan positif. Pengajaran kolaboratif ini bertajuk “How to Perform Geospatial Analyses in GIS” yang dihadiri oleh 30 orang pelajar dari semester 04. Dalam sesi ini penceramah menyentuh tentang Geospatial Data, Data Collection, and Method of Geospatial Analysis. Sesi yang dibincangkan sangat menarik dan mendapat perhatian para pelajar. Pelbagai soalan yang telah dikemukakan kepada penceramah dan mendapat pencerahan semasa sesi soal jawab. Setinggi-tinggi penghargaan kepada pelajar yang telah memberi kerjasama yang baik semasa sesi berlangsung.
Secara keseluruhannya, program yang dijalankan selama 2 jam (8.30 pagi-10.30 pagi) ini, bukan sahaja dapat memberikan 1001 manfaat kepada para pelajar, malah kepada para pensyarah juga. Seterusnya, secara tidak langsung telah mencapai (SDG9: Industry, Innovation and Infrastructure) dan meningkatkan kecemerlangan para pelajar UiTM secara umumnya.