Pengajaran Kolaboratif LAW346: Anjakan Paradigma 2024 buat JUU Tapah

Tapah, 5 Januari 2024 – Jabatan Undang-Undang UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah membuka tirai program pada tahun 2024 dengan mengadakan sesi perkongsian pengajaran kolaboratif bersama para pelajar LAW346. Sebagai persiapan menjelang peperiksaan akhir pada 29 Januari 2024 nanti, seramai hampir 150 pelajar para pelajar Diploma Perakaunan (AC110) dan Diploma Sistem Maklumat Perakaunan (AC120) yang berkelapangan hadir telah menjayakan program pada petang Jumaat itu.

Mendokong hasrat murni Matlamat Pembangunan Lestari 4 (SDG 4) didasarkan kepada pendidikan berkualiti, program ini bertujuan untuk menambahkan kefahaman pelajar tentang topik yang akan menjadi antara soalan peperiksaan akhir nanti. Hasil daripada perkongsian selama dua jam oleh pensyarah JUU, Puan Afidah Osoman, hampir kesemua pelajar memberi maklumbalas yang positif dan bersetuju bahawa mereka semakin memahami topik yang dibincangkan pada sesi tersebut. Syabas diucapkan!

Terima kasih diucapkan kepada Puan Afidah Osoman (Penyelaras JUU UiTM Tapah) kerana sudi menjadi panel istimewa untuk berkongsi syarahan istimewa bersama para pelajar. Jutaan terima kasih kepada ketua projek, Cik Nurul Izzati Md Rashid di atas usaha murni untuk menjayakan program sebegini. Pihak JUU mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelajar yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri sesi program pada kali ini. Semoga semua pelajar mendapat manfaat yang sebaiknya untuk dikongsikan bersama rakan-rakan yang lain juga.

Akhir kata, didoakan supaya kesemua pelajar akan mendapat keputusan yang cemerlang untuk subjek LAW pada kali ini. Diharapkan program seumpama ini mampu membantu para pelajar untuk lebih yakin dalam menduduki peperiksaan akhir tidak lama lagi, dan mencapai hasrat murni semua pihak untuk bergraduasi dengan cemerlang pada semester akhir mereka, seterusnya meningkatkan kecemerlangan para pelajar UiTM secara umumnya.