Pengabdian Kepada Masyarakat Kolaborasi Antarabangsa Antara Institut Kesehatan Rajawali (IKR) , Indonesia dan UiTM Pulau Pinang

 

Pulau Pinang, 24 October 2024 – Satu program komuniti yang bertemakan “Pengabdian Kepada Masyarakat Koloborasi International “ diadakan anjuran bersama Institut Kesehatan Rajawali (IKR) , Indonesia dan Univeriti Teknologi MARA(UiTM), Pulau Pinang, kampus Bertam. Program ini diketuai oleh Puan Tonika Tohri selaku rektor, IKR. Ianya bertempat di desa Kp. Kancah rt.05/17 des. Cihideung kec. Parongpong kab. Bandung barat. Program  ini melibatkan 10 orang pelajar IKR, 15 orang pensyarah IKR dan  dan 4 orang pensyarah dari UiTM iaitu Dr Rusnani Ab Latif selaku ketua projek MoU, PM Dr Wan Ismahanisa Ismail, Haji Bahman Jamaluddin dan Norasma Bakar. Turut hadir bersama dalam program ini ialah Dr. Dr. Eny Kusmiran, S.Kp., M.Kes selaku Vice rektor 1 IKR, Dr. Muhammad Deri Ramadhan selaku ketua projek MoU IKR dan beberapa pensyarah yang lain. Program ini merupakan salah satu agenda dalam MoU, menggalakkan dan mengukuhkan rantaian hubungan dengan institusi-institusi luar negara dalam memperluas lagi hubungan internalisma. Tujuan program ini diadakan untuk meningkatkan dan mengekalkan kesihatan fizikal dan mental di kalangan wanita hamil sepanjang kehamilan dan memantau perkembangan kesihatan ibu hamil dan perkembangan janin normal. Diantara aktivit yang dijalankan ialah pemeriksaan ibu hamil dan kanak-kanak serta pendidikan kesihatan yang diberikan oleh para mahasiswa IKR seperti penjagaan kesihatan Ibu semasa mengandung, kelahiran,dan peringkat postpartum. Melalui kerjasama komuniti ini juga secara tidak langsung membawa nama Universiti Teknologi MARA untuk lebih dikenali di peringkat global apabila mencapai tahun 2025 (‘Strategic Plan UiTM GRU2025’) dan PI023 (Bilangan kolaborasi dengan agensi, industri, NGOs, IPT (tempatan dan antabangsa). Impak daripda program ini adalah untuk mencapai PI084 perancangan strategik UiTM 2025 (bilangan aktiviti pengantarabangsaan hasil daripada memorandum persefahaman bagi tahun semasa MyRA (aktiviti pengantarabangsaan hasil daripada memorandum persefahaman).Sebagai kesimpulan, program ini juga secara langsung dapat menjalinkan hubungan kerjasama di antara UiTM Cawangan Pulau Pinang, Malaysia bersama akademia Institut Kesehatan Rajawali (IKR), Indonesia dalam memantapkan lagi kesarjanaan serta mengukuhkan lagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pada akhir sesi program acara bergambar bersama sebagai tanda kenangan.

PM Dr. Wan Ismahanisa Ismail,

Tonika Tohri, S.Kp., M.Kes.

Dr. Eny Kusmiran, S.Kp., M.Kes.

Dr. Muhammad Deri Ramadhan, S.Kep., Ners, M.Kep.,