Penerbit UiTM Menggondol 2 Anugerah PERSAMA 2020

29 Julai 2021 – Tahniah dan syabas diucapkan kepada Penerbit UiTM yang telah memenangi dua Anugerah Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) 2020 yang telah diadakan bersempena Simposium Kebangsaan Sains Matematik (SKSM) ke-28 yang buat julung kalinya telah diadakan melalui alam maya anjuran Persatuan Sains dan Matematik Malaysia.

Buku terbitan Penerbit UiTM bertajuk Quantitative Analysis and Techniques for Engineers, Scientists and Managers hasil karya Muhammad Rozi Malim, Faridah Abdul Halim, Noor Asiah Ramli dan Ruzanita Mat Rani telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Utama bagi Kategori Buku (Karya Asli) 2020.

Manakala sebuah lagi judul terbitan Penerbit UiTM yang bertajuk Practical Digital Image Processing with MATLAB hasil karya Nursuriati Jamil, Khalil Awang, Zaidah Ibrahim, Nurbaity Sabri, Rosniza Roslan, Nur Nabilah Abu Mangshor dan Raseeda Hamzah berjaya meraih Pemenang Hadiah Sanjungan.