Pemeteraian Memorandum Antara UiTM Cawangan Melaka Dan Universitas Islam Negeri Walisongo Semarang (UIN WALISONGO)

ALOR GAJAH, 13 Oktober 2022 –Universiti Teknologi MARA dan Universitas Islam Negeri Walisongo Semarang (UIN Walisongo) hari ini telah memeterai satu Memorandum Perjanjian (MoA) yang diadakan secara dalam talian di aplikasi Zoom dan YouTube UiTM Cawangan Melaka.

MoA ini telah ditandatangani oleh YBhg Rektor, Prof Madya Ts. Dr. Mohd Rasdi bin Zaini mewakili YBhg. Datuk Naib Canselor, dan Dr Muhammad Saifullah, M.Ag, selaku Dekan, fakultas Ekonomi dan Bisnis Islam UIN Walisongo Semarang, Indonesia.

Majlis tersebut juga turut disaksikan oleh Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN) UiTMCM, Ketua Pusat Pengajian dan Pensyarah dari Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTMCM.

Antara perjanjian yang telah dipersetujui oleh kedua-dua universiti melalui MoA ini adalah untuk mewujudkan kolobrasi dan didorong oleh faktor utama iaitu menghasilkan kajian kolobrasi berkenaan “Dasar Strategik Pusat Pengajian Tinggi Membendung Pengangguran di kalangan Siswazah (Strategic Policy Of Higher Education in Anticipating Graduate Unemployment.

Memorandum Perjanjian (MoA) ini juga dijangka akan memberi hasil (tangible) seperti geran kajian (research grant) juga hasil (intangible) seperti sijil hak harta intelek bersama (Intellectual Property Rights Certificate).

Semoga usaha ini dapat mengukuhkan lagi hubungan dan jaringan antara kedua-dua buah universiti khususnya UiTM Cawangan Melaka dan Universitas Islam Negeri Walisongo Semarang, Indonesia.

#uitmdihatiku
#keluargaUiTM
#sinergitrust
#SinergiBersama
#uitmcmoktober2022