Pemenang Anugerah Tokoh Siswa 2018 UiTM Negeri Sembilan

Pada 28 februari 2019 yang lalu, satu majlis telah diadakan dan merupakan hari keramat buat pelajar-pelajar uitm cawangan negeri sembilan apabila telah diadakan hari Anugerah Tokoh Siswa 2018 dimana UiTM Kampus Rembau telah menjadi tuan rumah bagi acara yang diadakan setiap tahun ini.

Objektif utama diadakan majlis ini adalah untuk memberi penghargaan kepada pelajar yang bergiat aktif dalam penganjuran program didalam masa yang sama juga aspek akademik turut terjaga.

Majlis yang telah dirasmikan oleh Rektor Negeri Sembilan iaitu Prof Dato Dr. Nasrudin Mohammed ini menampilkan 15 pemenang bagi 15 anugerah telah dipertandingkan. Pemenang-pemenangnya adalah  :

Tahniah diucapkan kepada para pemenang.  Bersama-sama ini disertakan senarai keseluruhan pemenang ATS 2018.

ANUGERAH KELAB/PERSATUAN TERBAIK  
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS)

ANUGERAH KHAS TOKOH SISWA
Nurul Norhazirah Suzaiman (GPMS UiTM Seremban)

ANUGERAH PEMIMPIN KOLEJ KEDIAMAN
Nor Ain Othman (Jawatankuasa Perwakilan Kolej UiTM Rembau)

ANUGERAH PEMIMPIN KELAB/PERSATUAN
Nurul Norhazirah Suzaiman (GPMS UiTM Seremban)

ANUGERAH PEMIMPIN PROGRAH KEUSAHAWANAN
Hairul Azmi Md Noor (Majis Perwakilan Pelajar UiTM Rembau)

ANUGERAH PEMIMPIN SAINS, TEK. & INOVASI
Syazwani Washi (Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Kuala Pilah)

ANUGERAH PEMIMPIN WACANA INTELEK
Afrina Romzi (The Broadcasting Student Association UiTM Rembau)

ANUGERAH PEMIMPIN SUKARELAWAN
Nur Syafiah Idzreen Mohd Azam (Kelab Sahabat UiTM Kuala Pilah)

ANUGERAH PENASIHAT TERBAIK
Ts. Dr. Tn. Sheikh Ahmad Izaddin Sheikh Mohd Ghazali (MPP)
Pn. Norhidayah Ismail (GPMS)

ANUGERAH AHLI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
Siti Nur Adni Sai’di (Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Kuala Pilah)

ANUGERAH ANUGERAH PEMIMPIN NON RESIDENT (NR)
Muhammad Shafiq Amirullah (Jawatankuasa Perwakilan Non Resident UiTM Rembau)

PEMIMPIN BADAN BERUNIFORM
Nur Najihah Abdul Manan (Jawatankuasa Perwakilan Komander UiTM Kuala Pilah)

ANUGERAH PEMIMPIN PROGRAM KEBUDAYAAN
Nur Farzana Azlan (ABSTARI (Teater) UiTM Kuala Pilah)

ANUGERAH PEMIMPIN SUKAN
Aimi Shairah Md Shah (Majlis Sukan Pelajar UiTM Seremban)

ANUGERAH PEMIMPIN PROGRAM ANTARABANGSA
Nurul Norhazirah Suzaiman (GPMS UiTM Seremban)

1
0