Satu lawatan merangkap pemantauan ke Makmal Kawalan Proses 1 dan Makmal Kimia Organik di Fakulti Kejuruteraan Kimia UiTM Cawangan Terengganu Kampus Bukit Besi (UiTMCTKBB) telah diadakan pada 11 Oktober 2021 jam 12.30 tengah hari.
Pemantauan ke makmal ini telah dihadiri oleh Ir. Haslizamri Md. Shariff (Koordinator Unit Pengurusan Risiko (UPR)), En. Abdul Hafiz Kassim (Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)) dan Tuan Mustaffar Saleh (Setiausaha Jawatankuasa Operasi Bencana Negeri (JOBN)). Turut hadir bagi menyambut kunjungan tersebut bagi pihak UiTMCTKBB ialah Puan Siti Munirah Muda (Penyelaras UPR & Setiausaha JK PR UiTMCTKBB), Puan Noraida Mat Hussin (Setiausaha JKKP UiTMCTKBB) dan Tuan Mohd Kamarul Fahzan Mohd Yunus (Setiausaha JOBN UiTMCTKBB).
Kunjungan ini diadakan bertujuan untuk memantau SOP di makmal bagi memastikan perjalanan makmal semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar antaranya memeriksa deklarasi dan saringan kesihatan, pemakaian face mask, keperluan penjarakan sosial, penyediaan hand sanitizer dan pengurusan keselamatan diri. Kunjungan ini juga dibuat bagi memeriksa tarikh luput alatan serta bahan-bahan yang digunakan di dalam makmal seperti ubat-ubatan di dalam kit pertolongan cemas dan alat pemadam api.
Diharapkan dengan kunjungan ini dapat meningkatkan tahap pematuhan SOP dan kelancaran perjalanan sesi pengajaran dan pembelajaran di Makmal Fakulti Kejuruteraan Kimia UiTMCTKBB.