Samarahan, 11 Mei 204 – Program berunsurkan pemantapan kemahiran pelajar yang dinamakan sebagai Sport Massage Course Level 1 ini telah dijalankan bagi memenuhi aspirasi memantapkan kemahiran pelajar supaya mampu berdaya saing di alam penuh cabaran ini. Program Sport Massage Course Level 1 ini telah diadakan di Bilik Sarjana UiTM Sarawak, Kampus Samarahan. Program anjuran Persatuan Exersci, FSR Samarahan ini melibatkan 44 orang jumlah peserta terdiri daripada 2 orang kakitangan UiTM Sarawak, 1 jurulatih SUKMA Sarawak, dan para pelajar SR113 dan SR243. Tenaga pengajar bagi program ini adalah terdiri daripada pegawai dari Equal Fitness Sports Massage Bandar Kinrara Selangor iaitu Hj. Md. Saadon A.Shukor selaku penceramah utama, Hjh Salina Chew Abdullah dan 4 orang masseurs Equal Fitness Sports Massage.
Program ini dianjurkan bertujuan supaya para pelajar dapat memperolehi pengetahuan serta kemahiran tentang teknik-teknik asas dan efektif dalam menjalankan urutan sukan. Para peserta di dalam program ini juga didedahkan dengan ilmu dan kaedah mengurut sebelum, semasa, dan selepas melakukan aktiviti sukan. Seterusnya para peserta program ini juga diajar tentang aktiviti regangan dan diberi penerangan tentang cara melakukan aktiviti regangan (PNF) dengan betul oleh para tenaga pengajar terlibat. Melalui sesi demonstrasi para tenaga pengajar dengan peserta, ianya dapat memberi pemahaman yang lebih jelas dan mendalam kepada para peserta dan seterusnya membantu dalam mencapai matlamat program ini.
Kelebihan dan keunikan program ini ianya memperlihatkan dan menghubungkaitkan ilmu anatomi dan fisiologi yang dipelajari oleh para pelajar terhadap keberkesanan urutan sukan. Program ini telah memberi impak yang besar dan berkesan dalam melahirkan generasi pelajar yang tidak hanya bergantung kepada ilmu teori semata-mata tetapi disusuri dengan kemahiran praktikal nya. Penganjuran program seperti ini amat bermanfaat dan ianya dapat memenuhi hala tuju dan selaras dengan usaha pihak akademik dalam melahirkan generasi pelajar yang berilmu dan berkemahiran tinggi.
Penulis : Hasmiza Bt Abdul Majeed, Theresa Ahing, Cyndra Robert Budull, Noreriani Bt Sabturani