Pemanah UiTM Mengorak Langkah Untuk Lebih Cemerlang

Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 bagi acara sukan memanah, anjuran Majlis Sukan Negara (MSN) bertempat di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah melabuhkan tirainya pada 24 September 2022.

Lebih 20 orang pelajar UiTM telah bertanding dalam acara memanah kejohanan dwi tahunan kali ini. Untuk rekod, penglibatan pelajar UiTM kali ini adalah yang paling ramai semenjak acara ini diadakan pada tahun 1992. Bilangan ini juga merupakan rekod tertinggi penyertaan semenjak 1996, iaitu apabila pelajar pertama daripada UiTM bertanding di SUKMA Pahang atas tiket pasukan MASUM (Pelajar IPTA waktu itu perlu menyertai pasukan MASUM sahaja).

Pertambahan bilangan atlet memanah UiTM ini turut membawa erti semakin ramai mahasiswa berminat untuk terlibat dengan aktivit Sukan berprestasi tinggi yang boleh membantu meningkatkan kesihatan fizikal dan ketahanan mental. Ini bersesuaian dengan agenda SDG ketiga: Kesihatan Yang Baik dan Kesejahteraan. Infrastruktur yang disediakan oleh pihak UiTM turut memainkan peranan penting.

Secara keseluruhan, atlet memanah daripada UiTM telah mewakili pasukan Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Terengganu dan Perlis dan memenangi 4 pingat emas, 3 pingat perak dan 5 pingat gangsa. Senarai pemenang Pingat SUKMA 2022 adalah seperti berikut: –

1. Salim bin Salam (Perlis) – 1 emas berpasukan compound Lelaki, 1 gangsa mixed double
2. Muhammad Farhan Hakim bin A. Rhyme (Pahang) – 1 emas berpasukan recurve lelaki
3. Nurul Azreena binti Mohamad Fazil (Selangor) – 1 Gangsa Recurve berpasukan campuran
4. Safi Qurratu Aini Binti Saifol Anuar ( Pahang) – 1 Perak compound berpasukan wanita
5. Muhammad Danieal Haqiemi Bin Sohebi (Wilayah Persekutuan) – 1 gangsa berpasukan compound lelaki, 1 gangsa berpasukan campuran
6. Muhammad Saiful Islam bin Mohd Rizuwan (Terengganu) – 1 emas recurve men qualification round, 1 gangsa recurve men team, 1 gangsa recurve men elimination round
7. Mohamad syafiq bin md ariffin (Terengganu) 1 emas compound men team, 1 perak qualification round, 1 perak mixteam
8. Mohamad Firdaus bin Mohd Rusmadi (Terengganu) 1 gangsa recurve men team

Seiring dengan kejayaan ini, pasukan UiTM lebih bersedia untuk memberi saingan di kejohanan memanah akan datang dan mengekalkan kecemerlangan pasukan. Selain daripda itu pasukan yang sedia ada ini berpontensi untuk merampas kembali Juara keseluruhan di Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) dan sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) pada masa akan datang.

Kesemua kejayaan yang telah dicapai ini didokong oleh seluruh sistem di UiTM yang diterajui oleh Professor Datuk Ts. Dr. Roziah Mohd Janor.