Pelancaran Program Dare To Be Fit 2.0 (D2BF 2.0), UiTMCPP Kampus Bertam

Pelancaran program DB2F 2.0 UiTMCPP Kampus Bertam telah dirasmikan oleh YBrs Prof. Dr Salmiah Kasolang, Rektor UiTMCPP pada 4 November 2020. Program ini yang merupakan kesinambungan DB2F pertama pada tahun 2019, telah melibatkan seramai 50 orang staf Kampus Bertam, untuk memberi kesedaran dan menerapkan amalan dan gaya hidup yang sihat. Dengan slogan ‘Masih Berani’, pelbagai aktiviti rekreasi, saringan kesihatan, pemjagaan pemakanan dan tips-tips kesihatan berguna telah diadakan dan dikongsikan kepada para peserta. Syabas dan terima kasih diucapkan kepada jawatankuasa program serta para peserta yang terlibat.