KOTA KINABALU – Pelancaran Manual Pengurusan Skop Tugas dan Tadbir Urus Staf Residen Kolej (SRK) UiTM Cawangan Sabah oleh Rektor UiTM Cawangan Sabah, Datuk Prof. Madya Dr. Hj. Abdul Kadir Hj Rosline @ Ruslim semasa Amanat Rektor UiTM Cawangan Sabah yang telah diadakan pada 16 Mac 2022.
Staf Residen Kolej Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM bertanggungjawab untuk urusan sahsiah, pembangunan pelajar dan kebajikan pelajar yang tinggal di kolej kediaman / di luar kampus (NR).
Penulisan Manual SRK ini akan menjadi bahan rujukan dan panduan kepada Staf Residen Kolej(SRK), Kolej Kediaman dan Non Residen (NR) untuk mengurus dan mentadbir dari segi skop tugas Staf Residen Kolej secara bersistematik dan seragam. Selain itu, manual ini adalah untuk tujuan penyeragaman dalam tadbir urus skop tugas SRK bagi membantu penyampaian perkhidmatan yang bermutu tinggi.
Pelantikan Staf Residen Kolej penting dalam memastikan fungsi Bahagian Hal Ehwal Pelajar di peringkat Kolej Kediaman menfokuskan kepada Pembangunan dan Kepimpinan Pelajar dengan objektif merangka dan melaksana program pembangunan dan kepimpinan pelajar melalui 7 elemen kemahiran insaniah serta mempunyai nilai tambah bagi melahirkan graduan yang holistik, keusahawanan dan seimbang.
Di UiTM Cawangan Sabah, KAmpus Kota Kinabalu terdapat tiga kolej Kediaman iaitu Kolej Mantanani (Siswi), Kolej Mabul (Siswi) dan Kolej Manukan (Siswa) yang mana setiap satu berkapasiti 1000 orang pelajar.