Pelancaran Laman Web TeMIC2020 & Majlis Penyerahan Cek Zakat Wakalah kepada Pelajar Asnaf

Pelancaran laman sesawang TeMIC2020

18 November 2019 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu, telah mengadakan majlis pelancaran laman sesawang dan poster TeMIC2020 bersama dengan majlis penyerahan cek zakat wakalah daripada Asri Ahmad Akademi Sdn Bhd kepada 20 pelajar asnaf UiTM Cawangan Terengganu.

UiTM Cawangan Terengganu amat berbangga dengan pencapaian Tuan Hj Asri Ahmad dan isteri (Puan Nirakusukma Sandari) serta Encik Nik Sarul dalam dunia perniagaan yang juga merupakan alumni UiTM Cawangan Terengganu, Kampus Dungun.

Seterusnya, pelancaran laman sesawang dan poster TeMIC2020 merupakan langkah awal strategi promosi dalam menarik bakal-bakal penaja dan peserta ke Terengganu International Multidisciplinary Conference 2020 (TeMIC 2020) ke-2 yang akan diadakan pada 21-22 September 2020 di UiTM Cawangan Terengganu, Kampus Dungun.

TeMIC2020 ini merupakan acara UiTM Cawangan Terengganu yang menggabungkan 3 konferensi terbesar UiTMCT iaitu International Academic Conference (IAC V), Terengganu International Business and Economic Conference (TiBÉC VII) dan International Conference of Emerging Challenges in Engineering and Current Technology  (ICECT III).

Tema TeMIC2020 yang dipilih adalah Inevitable Innovation towards Future Transformation selari dengan 3 lagi sub tema konferensi iaitu:

  • Invigorating Educational Innovation: Mapping the Future Leaders (IAC V),
  • Creating Sustainable Competitive Advantage through Business Model Transformation (TiBÉC VII),
  • Challenges in Engineering and Current Technology: Future Innovation and Solution (ICECT III).  

Penganjuran konferensi ini adalah sebagai satu lagi usaha UiTM Cawangan Terengganu dalam memperkasakan pembangunan akademiknya, di samping seterusnya memartabat dan meletakkan nama UiTM Cawangan Terengganu sebaris dengan pusat-pusat pengajian tinggi tersohor di Malaysia serta di peringkat antarabangsa.

Oleh yang demikian, melalui persidangan ini, pihak penganjur berharap ianya dapat membuka peluang yang lebih meluas kepada para cendekiawan/penyelidik dan pengamal industri untuk berinteraksi secara lebih terbuka, berkongsi kepakaran, idea dan pandangan dalam mempertingkatkan sistem pendidikan Malaysia serta mengupas isu-isu semasa yang berkaitan dalam pelbagai bidang sehingga ke peringkat antarabangsa.

0
0