Pelancaran Fish Aggregation Device (FAD), Pulau Perhantian Sempena Hari Kemerdekaan ke-62

Program Komuniti ini adalah merupakan program yang dilaksanakan di Pulau Perhentian bagi memulihara dan menjaga kelangsungan kehidupan marin yang kian diancam kepupusan telah diadakan pada 31 Ogos – 1 Sept 2019.

Komuniti yang terlibat adalah terdiri daripada pensyarah Marine Research & Excellence, Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perlis dan pelajar Program Marin Teknologi UiTM Cawangan Perlis dan Jabatan Perikanan Malaysia Negeri Terengganu serta beberapa agensi bukan kerajaan (NGO). Seramai 30 orang peserta telah menghadiri program konservasi ini.

Hasil yang diharapkan daripada program komuniti ini adalah, agar dapat melatih komuniti dalam menguruskan sumber hidupan marin secara mampan bagi menjamin kelangsungan kehidupan ini pada masa yang akan datang.

Foto berkaitan:

0
0