PELANCARAN BUKU SEJARAH KARTUN GILA-GILA

Shah Alam – Bersempena dengan Seminar Pengurusan Seni dan Budaya (AcMA2017) (Art & Cultural Management 2017) anjuran Jabatan Pengajian Siswazah di auditorium utama, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka (AD), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam pada 22 Mei 2017 yang lalu, telah berlangsung pelancaran dua buah buku tulisan Prof. Dr. Muliyadi Mahamood berjudul Gila-Gila: Gaya dan Tema Kartun (1978-2008) dan Kartun dan Kartunis di Malaysia terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM).  Pelancaran telah disempurnakan oleh En. Jaafar Taib, Pengarah Urusan Creative Enterprise, penerbit majalah Gila-Gila dan En. Mohd Khair Ngadiron, Pengarah Urusan ITBM.  Turut hadir sama ialah Dekan Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, Prof. Dr. D’zul Haimi Md. Zain.

1
0