KOTA KINABALU – Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Sabah telah mengambil langkah proaktif dalam menjamin kelestarian organisasi dengan penulisan Buku Panduan Staf Baharu Edisi Pertama (Staf Akademik dan Staf Pentadbiran). Penerbitan buku ini adalah seiiring dengan falsafah Universiti, seseorang individu mampu berusaha untuk mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai-nilai murni bagi melahirkan graduan profesional yang berperanan membangunkan diri, ilmu, masyarakat dan negara. Buku PAnduan Staf Baharu UiTM Cawangan Sabah ini menggabungkan garis panduan Hal Ehwal UiTM dan Maklumat Perkhidmatan bagi membantu staf meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan yang cemerlang.
Buku Panduan Staf Baharu ini telah dilancarkan oleh Rektor UiTM Cawangan Sabah, Datuk Prof. Madya Dr. Hj. Abdul Kadir Hj. Rosline @ Ruslim semasa Amanat Rektor UiTM Cawangan Sabah 2022 pada 16 Mac 2022.
Semoga Buku Panduan ini menjadi rujukan kepada Pentadbir/Ketua Pusat Tanggungjawab Universiti Teknologi MARA dan Universiti Awam di Malaysia dalam merealisasikan Transformasi Universiti dan penyampaian perkhidmatan berprestasi tinggi.