Shah Alam, 13 Jan 2023 – Naib Canselor UiTM, YBhg Prof. Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor hari ini melancarkan sebuah buku bertajuk ‘Nak Four Flat Tak?’ iaitu sebuah buku coaching kendiri untuk pelajar-pelajar lnstitusi Pengajian Tinggi (IPT).
Dalam ucapan pelancarannya, YBhg Prof. Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor menyatakan ‘Buku ini mengandungi banyak rahsia dan kaedah yang boleh digunakan oleh mahasiswa untuk mencapai kecemerlangan . la adalah sebuah buku bagaimana mahasiswa boleh coach diri mereka dalam mencapai matlamat yang mereka ingini. Saya mendapati keunikan buku ini adalah menggunakan kaedah-kaedah ‘Neuro-Linguistic Programming’ atau lebih dikenali sebagai NLP yang diselitkan dlalam satu cerita ‘fable’ Adry dan kumpulannya.
Selanjutnya beliau mengucapkan tahniah kepada Hj Md Taib Mat, Sifu NLP Nusantara yang telah menulis buku tersebut dan yakin buku ini amat bermakna dan mesti dimiliki oleh semua mahasiswa yang inginkan kecemerlangan.
Di samping itu, YBhg Prof. Datuk Ts. Dr. Hajah Roziah Mohd Janor menyarankan supaya mereka yang mempunyai kepakaran menulis buku untuk menyumbang bagi meningkatkan jumlah penerbitan kepada sekurang-kurangnya 30,000 judul setahun di masa hadapan daripada 19,000 sekarang. Dengan anggaran bilangan tenaga pengajar pelbagai peringkat melebihi 500,000 orang, pastinya penerbitan 30,000 judul setahun bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dicapai.