Pelajar UiTM Melaka kumpul dana bantu rakyat Syria

SEBAHAGIAN daripada 162 pelajar Diploma Pengurusan Perniagaan yang terlibat dalam program amal ‘Charity and Endless Love’ (Chanel 1.0) bertema Al-Amal Fi Syria bergambar selepas perasmian di Galeri Seni Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Melaka kampus Lendu di Alor Gajah, Melaka sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE/MOHD. AZIM ABD. RAHMAN

ALOR GAJAH 15 Mei – Sebanyak 162 pelajar Diploma Pengurusan Perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Melaka kampus Lendu di sini berjaya mengutip dana sebanyak RM33,593.75 bagi membantu pelarian Syria yang kini bergolak.

Program amal ‘Charity and Endless Love’ (Chanel 1.0) itu bertemakan Al-Amal Fi Syria melibatkan penyertaan pelajar mengumpul dana menerusi jualan pelbagai produk dan makanan, kutipan derma, tajaan dan sumbangan peribadi pelajar dan pensyarah.

“Pihak fakulti menyambut baik langkah diambil para pelajar yang berusaha gigih melaksanakan aktiviti-aktiviti keusahawanan di dalam menjana kutipan perdana untuk program ini.

“Jumlah kutipan yang dikumpul ini adalah antara yang terbanyak sejak program COC diadakan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program Chanel 1.0 di Galeri Seni UiTM cawangan Melaka kampus Lendu di sini sebentar tadi.

Majlis penyerahan replika cek berlangsung di Dewan Syahbandar kampus universiti itu melibatkan penyerahan cek daripada Ahmad Fadhly kepada Timbalan Rektor UiTM Melaka, Prof. Madya Dr. Ismadi Md. Badarudin.

Yang turut hadir, dua Pegawai Penjanaan Dana Islamic Relief Malaysia (IRM), Nooraini Abd. Kadir dan Mohd. Hafiz Ab. Majid serta Ketua Projek, Muhammad Arief Najmuddin Mohd. Mokhtar. – UTUSAN ONLINE

Oleh: Suffian Abu Bakar
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pelajar-uitm-melaka-kumpul-dana-bantu-rakyat-syria-1.673129#ixzz5FdexaBRh
© Utusan Melayu (M) Bhd

1
0