Pelajar UiTM Cemerlang di Pertandingan HatchQuest 2025 Peringkat Kebangsaan

KUALA LUMPUR, 22 Januari 2024 – Dua kumpulan pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah mencatatkan pencapaian cemerlang dalam pertandingan HatchQuest 2025 peringkat kebangsaan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Jalan Semarak.

Kumpulan Hydrocare dari Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik & Matematik (KPPIM) UiTM Cawangan Kedah meraih Tempat Kedua, membawa pulang hadiah bernilai RM1,500, tambahan RM500, dan trofi. Sementara itu, Kumpulan Evework, gabungan pelajar dari UiTM Shah Alam dan UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin, menerima Saguhati dengan hadiah RM500 dan trofi.

Bertema “Empowering Startup Talent”, HatchQuest merupakan program keusahawanan teknologi anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi. Ia bertujuan melahirkan pelajar berpotensi tinggi dalam bidang keusahawanan dan inovasi melalui pelbagai fasa pembangunan perniagaan.

Kedua-dua kumpulan UiTM ini dibimbing oleh mentor berpengalaman, Dr. Aliya Geogiana dan Encik Shafiz Saharan, yang memainkan peranan penting dalam membantu mereka mencapai kejayaan.

Penolong Naib Canselor UiTM, YBrs. Dr Badrul Isa, mengucapkan tahniah kepada para peserta, menyatakan kebanggan terhadap dedikasi dan semangat inovasi yang ditunjukkan. Kejayaan ini bukan sahaja mengangkat nama UiTM, malah memberi inspirasi kepada pelajar lain untuk menceburi bidang keusahawanan teknologi.

Program ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada generasi usahawan muda untuk terus mencipta inovasi yang memberi impak besar kepada masyarakat dan industri.