PERAK, 7 Sept – Seramai 26 pelajar UiTM Cawangan Perak dari kursus Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah serta Sarjana Muda Seni Bina menyertai ‘The 2nd International Summer Course of Architecture’ (ISCA2024) di Medan, Indonesia, baru-baru ini.
Program 12 hari anjuran Universitas Sumatera Utara (USU) itu memberi tumpuan kepada “Historic Urban Landscape” (HUL). Program yang berlangsung secara hibrid (atas talian dan fizikal) itu turut disertai pelajar dari pelbagai negara, menjadikan jumlah peserta seramai 58 orang.
UiTM diwakili tiga pensyarah pengiring: Dr Lim Seng Boon (fizikal), En. Abdul Rahman Khamaruzaman dan Dr Salbiah Mokhtar (maya).
Pelajar UiTM mencipta kejayaan cemerlang. Akmal Faiz dan Adreana Farhanim (CFAP221) dinobatkan sebagai pelajar paling aktif. Enam pelajar UiTM (Irsayd Naqiuddin, Raziqah Saffiah, Adreana Farhanim, Nurhaliza Atira, Nur Khairunissa dan Amir Hafiz) memenangi anugerah pembentangan terbaik. Empat pelajar lain (Nabil Amirin, Nur Farah Izzati, Nor Riezma Dania dan Aiman Irfan) memenangi anugerah kostum terbaik, manakala Irsyad Naqiuddin dan Nur Farrah Izzati dinobatkan sebagai “King and Queen” ISCA 2024.
Program ini mendedahkan pelajar kepada HUL, kemahiran kepimpinan, dan kerjasama antarabangsa. UiTM berharap lebih ramai pelajar dapat menyertai program sebegini pada masa hadapan.
Penulis: Dr Lim Seng Boon
Penulis Bersama: Nurin Jazlina Binti Shaharani