Pelajar Tahun Akhir FKA Memenangi Pingat Gangsa di BEURC 2019

Muhammad Nuruddin telah memenangi Bronze Award for Poster Presentation

Muhammad Nuruddin Bin Che Ab Malik telah memenangi Bronze Award for Poster Presentation di bawah Tajuk ‘Biodegradation of Bio-Plastic in Batch Culture Experiment Using Leachate Medium’ dibawah seliaan Dr Norhafezah binti Kasmuri.

Program ini telah dianjurkan oleh Faculty of Built Environment, Universiti Malaya dan kategori yang dimenangi oleh beliau adalah di bawah Subtheme 4: Engineering and Construction Technology.

Hal ini demikian, Muhammad Nuruddin Bin Che Ab Malik merupakan pelajar tahun akhir Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Dengan itu, pertandingan ini telah disertai oleh pelbagai universiti di peringkat Malaysia dan antarabangsa.

Semoga kejayaan ini akan menjadi inspirasi dan pembakar semangat kepada pelajar-pelajar yang lain.

Informasi tambahan:

Name Program: International Built Environment Undergraduate Research Competition 2019
Tarikh: 04-04-2019
Tempat: Faculty of Built Environment,Universiti Malaya
Penglibatan: 1 Pelajar & 1 Pensyarah FKA.

0
0