Pelajar Perancangan Bandar dan Wilayah UiTM indahkan persisiran Pantai Pengkalan Balak

Wajah ceria para peserta khidmat masyarakat Perancangan Bandar dan Wilayah UiTM dan JabatanPerancang Majlis Perbandaran Alor Gajah di Persisiran Pantai Pengkalan Balak, Melaka. Gambar oleh YusfidaAyu Abdullah

PENGKALAN BALAK 3 April – Seramai 42 pelajar semester akhir Pusat Pengajian Perancangan Bandar dan Wilayah, Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur (FSPU), UiTM Kampus Puncak Alam serta wakil Jabatan Perancang Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) melaksanakan khidmat masyarakat membersihkan pantai di sini, baru-baru ini.

Program ini melibatkan beberapa pensyarah dan wakil dari MPAG iaitu Dr. YusfidaAyu Abdullah, Dr. Raja Norashekin Raja Othman, Mohd Zamri Husin, Aminah Wati Abdullah, Mohd Zaidi Amir Hamzah, Mas Ermawati Ithnin dan Izatin Radiyah Ahmad Ridzuan.

Aktiviti pembersihan pantai ini penting bagi melahirkan rasa tanggungjawab pelajar dalam menerapkan nilai-nilai murni terhadap usaha menjaga alam sekitar.

Walaupun kawasan pantai sering menghadapi isu kekotoran dari sisa sampah, namun aktiviti sebegini jika dilaksanakan dari masa ke semasa akan mengubah imej pantai tersebut kepada yang lebih baik. Pantai yang sentiasa bersih dapat mempengaruhi emosi dan tindakbalas seseorang itu untuk sama-sama menjaga kebersihan pantai. – UTUSAN ONLINE

Oleh: Yusfida Ayu Abdullah
Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/pelajar-perancangan-bandar-dan-wilayah-uitm-indahkan-persisiran-pantai-pengkalan-balak-1.875487#ixzz5kDD5HYFP
© Utusan Melayu (M) Bhd

0
0