Pelajar Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Fakulti Pendidikan Bakal Bergelar Pengadil Bolasepak Kebangsaan

Pelajar Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Fakulti Pendidikan Bakal Bergelar Pengadil Bolasepak Kebangsaan
Para peserta bergambar bersama Dekan, Koordinator ICAN dan Koordinator Sukan Pusat Sukan UiTM

Seramai 35 orang pelajar Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor telah menyertai Kursus Kepengadilan dan Peperiksaan Bolasepak Kelas 3, pada 13-15 September dan 21-22 September 2019. Program ini merupakan anjuran Persatuan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PHYSED) bersama dengan Akademi Bolasepak Negara UiTM-Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)- Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Kursus seumpama ini julung kali diadakan melibatkan pelajar universiti, dan lebih menarik lagi 4 orang pelajar wanita turut sama dalam kursus ini. FAM telah menghantar 2 instruktor yang berpengalaman dalam bidang kepengadilan bolasepak di peringkat antarabangsa iaitu Encik Kasim Bacha dan juga Encik Nagoor Mera sepanjang 5 hari kursus berkenaan.

Pelajar Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Fakulti Pendidikan Bakal Bergelar Pengadil Bolasepak Kebangsaan
Pesanan dan ucapan tahniah daripada Yang Berbahagia Dekan

Selain daripada itu, satu set pakaian telah disumbangkan oleh Kaki Jersey kepada semua peserta terlibat sebagai menghargai sumbangan mereka dalam meningkatkan martabat bolasepak negara.

Melalui program ini para pelajar bukan sahaja bakal menjadi guru PJK dan guru sukan, malahan akan terlibat sama dalam bidang kepengadilan bolasepak negara. Terima kasih kepada Dekan Fakulti Pendidikan, Prof. Madya Dr. Nabilah Abdullah, dan juga Dr. Zarizi Ab. Rahman, Koordinator Industri, Penyelidikan dan Jaringan (ICAN) Fakulti Pendidikan yang memungkinkan program sebegini dilaksanakan.

1
0