SHAH ALAM, 22 Mei 2021- Komuniti artis terutamanya golongan veteran adalah antara kumpulan yang terjejas dari segi pendapatan acap kali sekatan pergerakan Covid-19 dijalankan. Menyedari nasib yang dihadapi oleh veteran industri, pelajar Fakulti Muzik Universiti Teknologi MARA mengambil satu inisiatif mengadakan satu e-konsert amal dengan tujuan membantu meringankan bebanan. Mengambil kesempatan musim perayaan Raya Aidilfitri, para pelajar mempertengahkan satu konsert bertajuk #rindukampung, bagi menghiburkan orang awam yang tidak dapat pulang ke kampung halaman berikutan pelaksanaan sekatan pergerakan. Konsert secara maya ini akan berlangsung pada 22 Mei 2021 di platform media sosial Facebook rasmi Music Business UiTM pada jam 9.00 malam.
Konsert ini akan diserikan oleh penyanyi terkenal tanah air seperti Ayu Damit, Diddy Hirdy, Teman Lelaki serta bakat-bakat muda yang kian melonjak di industri lokal seperti Luqman Faiz, Danial Chuer, Eza Edmond dan Dian Hashim.
Mengenakan slogan ‘berhibur sambil beramal’, 100% jualan tiket e-konsert #rindukampung akan disalurkan kepada Yayasan Artis Veteran Malaysia. Menggunakan konsep kemasukan secara sumbangan minima RM10.00, program ini dilaksanakan bagi mendedahkan para pelajar kepada aktiviti keusahawanan serta program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi penggalakkan aktiviti amal kebajikan di kalangan para pelajar.
Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi:
Nama : Maria Atieqah Binti Muhammad,
email : mariamuhammad0898@gmail.com
Tel: 013-7266719