Pelajar mendapat pendedahan yang berharga melalui Kursus Protokol dan Etiket Sosial Diraja

Shah Alam 30 Nov – Pejabat Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam telah berjaya menganjurkan kursus “Protokol dan Etiket Sosial Diraja” bersama Tuan Sophian Abd Rahman, Penolong Datuk Paduka Maharaja Lela, Istana Negara. Kursus selama satu hari ini juga turut dihadiri oleh Prof Emeritus Datuk Dr Zainal Kling yang juga merupakan Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu.

Seramai 72 orang peserta yang terdiri daripada pelajar UiTM Shah Alam, pelajar UiTM Kampus Cawangan Selangor dan juga penglibatan  pelajar daripada Pusat Ko-Kurikulum Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, di mana terdapat dua kelas Ko-Kurikulum di bawah kendalian dua orang jurulatih iaitu Kelas HPD 138 dan Kelas HPD 238 turut hadir untuk mengikuti kursus tersebut.

Kursus berkaitan “Protokol dan Etiket Sosial Diraja” yang bertempat di Auditorium 1, Institute Busines  Excellent (IBE), Aras 4, Bangunan Perpustakaan Tun Abdul Razak 2 (PTAR 2) ini telah mendapat maklum balas yang positif daripada peserta yang mengikutinya. Hal ini dapat dilihat berdasarkan maklum balas yang diambil daripada salah seorang peserta yang mengikuti kursus ini mengatakan “penganjuran kursus seperti ini harus dilakukan pada masa hadapan berikutan ianya dapat memberikan infomasi kepada para pelajar khususnya mahasiswa dan mahasiswi UiTM untuk mempelajari berkaitan protokol di dalam istana serta di majlis rasmi dengan betul”.

Maklum balas positif daripada peserta ini dilihat bertepatan dengan objektif yang ingin dicapai oleh pihak Kursi Institusi Raja-Raja Melayu sendiri dalam menganjurkan program berkaitan protokol dan etiket sosial Diraja ini iaitu bertujuan memberikan pendedahan serta pengetahuan kepada pelajar untuk mempelajari peraturan protokol yang betul dalam sesuatu majlis berkaitan istana atau di majlis rasmi.

Pelaksanaan kursus ini telah disusun baik oleh penganjur, di mana setiap peserta dapat mengikuti kursus ini mengikut pembahagian slot-slot yang perlu diikuti. Hal ini dapat dilihat berdasarkan setiap slot tersebut telah disediakan pengisian maklumat yang berbeza agar peserta dapat mempelajari teknik protokol itu dengan mudah.

Antaranya, slot berkaitan “protokol raja-raja, “protokol pengurusan majlis”,“etiket sosial dan penampilan diri” dan “etika meja makan”. Sepanjang slot ini penceramah telah berkongsi mengenai simulasi meja makan, susunan peralatan meja makan serta “bahasa’ dimeja makan. Para peserta kursus juga diberikan kesempatan untuk bertanyakan soalan kepada Tuan Sophian Ab Rahman sekiranya mengalami kemusykilan berkaitan protokol dan etiket sosial ini.

Kesimpulannya, program yang dilaksanakan ini telah berjaya mendapat maklum balas positif daripada para pelajar yang hadir dan pengisian program ini diharapakan sedikit sebanyak mampu menyuntik kesedaran kepada para pelajar akan kepentingan protokol dan etiket sosial Diraja. Hal ini bertepatan dengan objektif penganjuran kursus “Protokol dan Etiket Sosial” yang dianjurkan oleh Kursi Institusi Raja-Raja Melayu kepada para pelajar UiTM iaitu para pelajar dapat didedahkan dengan situasi protokol di istana yang sebenar selepas mengikuti kursus ini.

0
0