Pelajar FSSR UiTM Sarawak raih Emas di 1st Malaysia-Open Karate Championship

Vincent Garfelo Anak Disen mendapat Johan dalam 1st Malaysia-Open Karate Championship
Kota Samarahan : Baru-baru ini seorang pelajar Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (SRD1131) UiTM Cawangan Sarawak, Saudara Vincent Garfelo Anak Disen, pelajar semester 1 telah berjaya meraih Pingat Emas sempena 1st Malaysia-Open Karate Championship yang bermula 14 – 15 September 2019 yang lalu bertempat di Kuala Lumpur. Beliau menyertai Kategori Pertandingan Senior Individual Kumite – 75 kg dan telah berjaya merangkul Johan (Emas).
Foto berkaitan:
0
0