Pelajar FSPU menang Pertandingan Video & Teks Ucapan Kreatif

Pelajar Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur (FSPU) dari Pusat Pengajian Perancangan Bandar dan Wilayah, Amir Rafique Abdul Rani telah memenangi tempat pertama Pertandingan Teks Ucapan Kreatif Sempena Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Yang Di-Pertuan Agong ke XVI anjuran Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, UiTM. Tempat ketiga turut dimenenangi oleh pelajar FSPU dari Pusat Pengajian Ukur Bangunan, Dylson Nicolaus.

Kemenangan ini membuktikan pelajar-pelajar FSPU bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi turut berbakat dalam penulisan Bahasa Melayu dan Bahasa Istana. Seluruh warga fakulti mengucapkan sekalung tahniah di atas pencapaian tersebut dan diharap kejayaan ini akan menjadi pemangkin kepada kejayaan akan datang.