Pelajar FKA Memperolehi Naib Johan Peringkat Kebangsaan di 2nd National Tower Crane Building Competition

2ND National Tower Crane Building Competition” adalah pertandingan pada peringkat kebangsaan yang telah dianjurkan oleh pelajar Institusi Jurutera Malaysia (IJM) Universiti Malaysia Pahang melalui Program Minggu Kejuruteraan.

Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Muhamad Syakir Bin Zulkafli, Chairman of Young Engineers Section (Yes) Pahang dan Dr Lim Kar Sing, Senior Lecturer of Civil Engineering.

Tujuan utama pertandingan ini diadakan adalah untuk mencabar dan meningkatkan keupayaan pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan didalam kelas kepada suatu tugasan dalam bentuk praktikal.

Oleh yang demikian, pertandingan ini menguji keupayaan pelajar dalam membina sebuah model statik iaitu kren mengikut spesifikasi yang telah diberikan sebelum memulakan pertandingan.

Bahan utama untuk membina model statik ini adalah kayu balsa yang akan disediakan oleh pihak penganjur pertandingan. Model statik ini akan dinilai berdasarkan struktur, ekonomi, persembahan, kreativiti dan kekemasan semasa membina model tersebut. Para peserta diminta untuk membina model statik dalam mengikut masa yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.

Selesai membina model statik tersebut, pemberat akan diletakkan pada jib kren pada kedudukan sejauh 10 sentimeter atau 20 sentimeter berdasarkan pilihan para peserta untuk memilihnya jarak yang ingin dinilai. Semakin tinggi pemberat yang mampu ditampung oleh kren tersebut, semakin tinggi markah yang akan diberi oleh juri kepada para peserta semasa menjalankan sesi penilaian.

Maklumat tambahan:

Nama Program: 2ND National Tower Crane Building Competition
Tarikh: 11-05-2019
Tempat: Astaka, University Malaysia Pahang, Lebuhraya Tun Razak, 26300 Gambang, Pahang Darul Makmur
Pencapaian: Naib Johan

Foto berkaitan:

 

0
0