Pelajar Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Pahang menyertai Program Kementerian Kewangan Malaysia

Bertempat di Dewan Dato’ Sri Abdul Manan Ismail, Paya Besar, Pahang Darul Makmur, kumpulan ‘FOA The Shelby’ telah menyertai Hasil-Taxplorace Bersama IPT Seluruh Negeri Pahang sempena Program Kementerian Kewangan Malaysia bersama pelanggan anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

‘FOA The Shelby’ mewakili UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka ke pertandingan ini yang disertai oleh pelajar bahagian 2 Diploma Perakaunan iaitu Nur Atirah binti Zakaria (Ketua Pasukan), Nur Amira Shuhada binti Sofhian, Nurul Nooraishah binti Mohd Azmi, Hiszal Emmer Hakim Bin Kamal Hisham dan Muhammad Aiman bin Mohd Azri.

Berada di tempat ke 7 daripada keseluruhan 36 kumpulan IPT yang bertanding dari seluruh negeri Pahang, melayakkan mereka memenangi wang tunai berjumlah RM100 berserta sebuah hamper. Kesemua hadiah disampaikan oleh YB Dato’ Indera Mohd Shahar bin Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan 1.