Pelajar Fakulti Pendidikan Juara Pertandingan Video Pendek Weeks Without Plastic 2019

Pelajar Fakulti Pendidikan Juara Pertandingan Video Pendek Weeks Without Plastic 2019
Pelajar Fakulti Pendidikan juara Pertandingan Video Pendek

Kumpulan pelajar Fakulti Pendidikan yang menggelarkan diri mereka sebagai The Classicists telah dinobatkan sebagai juara Pertandingan Video Pendek sempena Weeks Without Plastic 2019 yang dianjurkan oleh Fakulti Sains Kesihatan (FSK), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Puncak Alam.

The Classicists terdiri daripada Nur Hidayah Mohamad Saad, Nur Zahida Aqilah Zahir, Nur Awadah Abdul Wahid dan Muhammad Emirul FAeiz Mustaffa; dan merupakan pelajar Program Pendidikan Seni dan Senireka, Fakulti Pendidikan.

Pelajar Fakulti Pendidikan Juara Pertandingan Video Pendek Weeks Without Plastic 2019
Ahli kumpulan bergambar bersama koordinator program dan pensyarah

Majls Penyampaian Hadiah Weeks Without Plastic 2019 teah diadakan pada 28 November 2019 bertempat di FSK, Kampus Puncak Alam. 16 video pendek telah dipertandingkan dan The Classicists mempertaruhkan video pendek yang bertajuk ‘Akibat Perangai Manusia, Haiwan Menjadi Mangsa’.

Dekan dan seluruh warga Fakulti Pendidikan mengucapkan tahniah kepada The Classicists. Semoga kemenangan ini menjadi inspirasi kepada pelajar lain dalam mengetengahkan kemahiran dan bakat mereka di dalam pertandingan seumpama ini di masa-masa akan datang.