Pejabat Perikanan Negeri Pahang dengan kerjasama Pusat Pengajian Sains, Fakulti Sains Gunaan telah berjaya mengadakan Program Kesedaran dan Program Kesedaran dan Pemuliharaan Penyu Pahang 2023 pada 13 Mei 2023 di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu (PKPP) Cherating, Kuantan, Pahang.
Program ini diadakan bertujuan untuk mendedahkan kepada para peserta tentang pemuliharaan penyu yang semakin terancam di Malaysia umumnya dan di Pahang khususnya, serta memupuk semangat cintakan alam sekitar dengan mengamalkan kehidupan bebas plastik supaya ekosistem habitat penyu terjaga demi kesinambungan dan kemandirian penyu pada masa akan datang.
Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. En. Abdullah bin Jaafar, Pengarah Perikanan Negeri Pahang dan telah disertai oleh 51 orang pelajar Sarjana Muda Sains (Kep.) Pengurusan Biodiversiti, dan 2 orang pensyarah Biologi/Biodiversiti, Cik Nur Thabitah binti Shaikh Nasir dan Cik Nor Lailatul Wahidah binti Musa. Turut terlibat adalah En. Sahrom bin Abu Samah, Ketua PKPP Cherating yang banyak memberi tunjuk ajar kepada para pelajar berkenaan betapa pentingnya memulihara penyu di Malaysia, serta disertai oleh pegawai-pegawai kanan lain Pejabat Perikanan Negeri Pahang.
Kemuncak program ini adalah acara melepaskan 1000 ekor anak penyu ke laut di Pantai Cherating.
Terima kasih kepada pihak Pejabat Perikanan Negeri Pahang, para pelajar AS255 dan 2 orang pensyarah yang telah menyertai dan menjayakan program ini. Semoga program kesedaran dan pemuliharaan seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.
Laporan oleh Cik Nur Thabitah binti Shaikh Nasir selaku pegawai pengiring dan tenaga pengajar subjek Coastal and Marine Habitats (BDY512), PPS, FSG, UiTM Caw. Pahang Kampus Jengka.
Pautan artikel Facebook Pejabat Perikanan Negeri Pahang: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02YXYaiuGVEMj3istkRue7pL7Uh34c7eo7bgbnYvrdx4AAaKwhLZ9UV77dNHTTfqihl&id=100069333814568&mibextid=Nif5oz
Pautan artikel Berita Harian: https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2023/05/1104037/366-penyu-agar-mendarat-di-cherating-tahun-lalu