Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam UiTM Cawangan Pahang Mengikuti Program Kehormat/Bersekutu Fun Training APM Pahang

Enam orang Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam daripada Pengurusan Kor Sispa UiTM Cawangan Pahang telah menyertai program anjuran Angkatan Pertahanan Awam Negeri Pahang (APM) iaitu Kehormat/Bersekutu Fun Training yang telah diadakan pada 25 Jun 2022 di Pejabat Negeri Pertahanan Awam Pahang.

Pegawai Bersekutu Pertahanan Awam UiTM Cawangan Pahang (PBPAUCPh) yang terlibat adalah:-
1. Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Dr Fauzi Azmi – Timbalan Komandan
2. Mejar Bersekutu (PA) Mohd Risham Jaafar – Ajutan
3. Mejar Bersekutu (PA) Mohd Rizal Razak – Pegawai Akademik
4. Kapten Bersekutu (PA) Khairulbakri Mat Junos – Pegawai Logistik
5. Leftenan Bersekutu (PA) NorShasila Kalam – Pegawai Pentadbiran
6. Staf Muda (PA) Nurul Aziezuliawatie Abdullah – Pegawai Penyelaras.

Seorang Pegawai Bersekutu dari Pengurusan Kor Sispa UiTM Shah Alam iaitu Mejar Bersekutu (PA) Sr. Dr. Ahmad Shazrin Mohamed Azmi – Ajutan juga turut hadir mengikuti program ini .

YS Kolonel (PA) Che Adam Rahman, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Pahang telah menyatakan di dalam ucapan aluannya bahawa Program Kehormat/Bersekutu Fun Training ini merupakan satu program yang julung kalinya diadakan secara santai (Fun Training) dan ianya bertujuan untuk memberikan pendedahan asas latihan APM kepada para Pegawai Kehormat dan Bersekutu Pertahanan Awam di dalam Negeri Pahang.

Latihan yang diberikan adalah :
1. Ascending & Descending – A & D
2. Melawan Kebakaran
3. Balutan
4. CPR.

Seramai 25 orang Pegawai Kehormat dan Bersekutu Pertahanan Awam dari seluruh Negeri Pahang yang terlibat sebagai peserta pada kali ini dan semuanya merasakan sangat berpuashati dan ingin mengikuti latihan-latihan yang selanjutnya selepas ini.

Kami dari PBPA UiTM juga berpendapat latihan-latihan sebegini memang patut diadakan lagi oleh pihak APM untuk mendedahkan kepada kami tentang tatacara yang betul dalam misi-misi menyelamat dan membantu masyarakat.

Penyertaan kami dalam program ini mendapat sokongan penuh daripada Pengurusan Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang diketuai oleh YBrs Dr. Haji Mohd Kamal Azman Bin Jusoh, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Pahang.

Penglibatan PBPAUCPh di dalam pengurusan Kor Sispa ini memenuhi kreteria SDG 17 -Kerjasama Demi Matlamat – Muafakat Membawa Berkat (Sustainable Development Goals -SDG 17 -Sustainable Development Goals ) yang mana ianya merupakan salah satu daripada 17 matlamat yang dikemukakan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).