Pasukan Tenis UiTM Shah Alam dari FKA bawa pulang 1 Emas, 3 Perak dan 1 Gangsa untuk KARISTA 2019

Nama Program: Sukan Tenis KARISTA 2019
Tarikh: 28 Januari – 1 Februari 2019
Tempat: Komplek Sukan UiTM Segamat, Johor.

Kejohanan Sukan Tenis KARISTA 2019 anjuran tuan rumah UiTM Johor bagi kejohanan KARISTA 2019 yang berlangsung selama 4 hari di Komplek Sukan, UiTM Kampus Segamat, Johor.

Sebanyak enam (6) kategori telah dipertandingkan pada tahun ini termasuk perseorangan lelaki terbuka, perseorangan lelaki veteran, beregu lelaki terbuka, beregu lelaki veteran, perseorangan perempuan terbuka dan beregu perempuan terbuka.

Pasukan tenis UiTM terdiri daripada Dr. Norrul Azmi Yahya (Fakulti Kejuruteraan Awam, FKA), Dr. Hj Mohd Anuar Mazuki (Ketua Bendahari UiTM), Dr. Mohd Saupi Hj Md Said (Akademi Pengajian Bahasa, APB), En. Rosdin Rosly (Akademi Pengajian Bahasa, APB), Assoc. Prof. Ir Dr. Nadiahnor Md Yusop (Fakulti Kejuruteraan Kimia, FKK) dan Pn. Emyliza Abdul Halim (Jaringan Industri, Komuniti, Alumni & Keusahawanan, ICAEN).

Lebih manis lagi apabila pasukan UiTM Shah Alam berjaya menjadi juara keseluruhan dengan 33 pingat iaitu 11 Emas, 8 Perak dan 14 Gangsa bagi temasya sukan KARISTA tahun ini dan berjaya mengekal kejuaraan KARISTA tahun lepas di Kedah.

Ucapan tahniah dan semoga maju jaya dalam sukan daripada Dekan FKA, Prof. Zakiah Ahmad yang sentiasa menyokong sepenuhnya penglibatan staf-staf FKA bagi menaikkan nama UiTM dan fakulti dalam bidang sukan.

Foto menarik sepanjang KARISTA 2019 berlangsung:

2
0