Pasukan Memanah UiTM Sudah Bersedia – MASUM 2024

Pasukan memanah UiTM akan bertanding di Karnival Sukan MASUM Fasa 1, bertempat di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 22-27 April 2024. Pasukan ini mensasarkan kutipan pingat sebanyak 6 pingat untuk edisi kali ini.

Untuk rekod, di MASUM 2023, Pasukan ini telah menjaya menjadi johon seluruhan dengan memenangi 7 emas, 5 perak dan 5 gangsa dihadapan Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan 5 emas, 6 perak dan 2 gangsa.

 

Pasukan memanah UiTM kali ini disertai oleh Muhammad Farhan Hakim Bin A.Rhyme, Muhammad Saiful Islam Bin Mokd Rizuwan dan Ahmad Razin Bin Azahar bagi acara Recurve Lelaki, Nur Rafiqa Izzlyn Binti Zaidi, Nur Alyaa Nazurah Binti Fadzil Fairuz dan Nurul Izzah Binti Mazlan bagi acara Recurve Wanita, Abdul Faathir Aoil Bin Rafizam, Muhammad Ammar Bin Mohammad Amin dan Ahmad Baihaqi Saghir Bin Mat Najib bagi acara Compound Lelaki, dan Aina Syazwana Binti Abdul Muhaimin, Nur Khalida Binti Kalbin dan Renee Sew Pei Xuan bagi acara Compound Wanita.

Menurut Jurulatihnya, Encik Muhammad Amri bin Mohammad Zahir, pasukan UiTM kali ini adalah gabungan beberapa pemanah lama dan baharu. Secara amnya, mereka telah dipantau prestasi mereka dan telah melalui sesi latihan pusat dimana kemahiran mereka digilap bagi persediaan MASUM tahun ini.

Secara Keseluruhannya, Pengurus pasukan, Encik Mukhriz bin Mohamed berpendapat pasukan ini telah bersedia untuk menggegarkan kejohanan pada kali ini dan beliau sangat berharap supaya pemanah-pemanah dapat keserasian yang diharapkan dan tidak mudah hilang fokus sewaktu bertanding.