Pasukan MacroAwake tersenarai dalam ShellSelamatSampai Varsity Challenge (SSSVC 2019)

Seramai 4 orang pelajar EM220 Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Dengan Kepujian (Mekanikal) dibawah bimbingan Dr. Nor Fazli Adull Manan telah menyertai pertandingan  ShellSelamatSampai Varsity Challenge (SSSVC 2019) di bawah anjuran Shell Malaysia dan telah berjaya menjadi salah satu kumpulan yang telah disenarai pendek kepada 20 pasukan teratas daripada 70 pasukan.

Pertandingan SSSVC ini merupakan kali ketiga sejak 2017 yang dianjurkan oleh Shell Malaysia untuk menyediakan dan melaksanakan penyelesaian inovatif dan pratikal yang akan membantu mencapai matlamat sifar kemalangan di dalam universiti, komuniti atau kejiranan.

Pasukan MacroAwake mengambil ini sebagai misi untuk menghasilkan peranti yang dapat mempelajari tingkah laku muka manusia. Biasanya apabila kita merasa mengantuk, kita akan menguap dengan besar dan mata akan berkedip dalam kadar yang tidak normal daripada biasa.

Oleh itu, mulut dan mata dijadikan sebagai parameter dan menyimpan data itu dalam pemproses. Selepas parameter melebihi kadar kritikal, ia secara automatik menghantar data sebagai output seperti bunyi, cahaya, dan pergerakan supaya ia dapat membangunkan pemandu.

Mereka juga telah memenangi tempat pertama dan dianugerahkan sebagai pembentang terbaik dalam 3-Minute Idea-Tech Competition (3MIT) yang dianjurkan oleh Fakulti Kejuruteraan Kimia pada 13 Jun yang lalu di Dewan Platinum Kolej Melati.

Pertandingan 3MIT dianjurkan bersempena pembentangan poster projek tahun akhir Fakulti Kejuruteraan Kimia dan bertujuan untuk mengalakkan generasi muda untuk menghasilkan idea dan inovasi teknologi yang mampu meningkatkan kualiti kehidupan serta memberi manfaat kepada generasi akan datang.

Semoga pasukan MacroAwake dapat menempa pelbagai kejayaan di dalam dan luar negara bagi mengharumkan nama UiTM serta menjuarai ShellSelamatSampai Varsity Challenge 2019.

1
0