Pasukan Kulinari UiTM Pulau Pinang muncul Naib Johan keseluruhan dalam World Chefs Championship

Pasukan Kulinari UiTM Pulau Pinang muncul Naib Johan keseluruhan

15 Disember 2019 – Pasukan Kulinari Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang telah berjaya mencipta sejarah apabila diumumkan sebagai Naib juara Keseluruhan dalam pertandingan ‘World Chefs Championship’  yang telah berlansung selama 3 hari bermula dari 13 hingga 15 Disember 2019, bertempat di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah.

Program yang disokong penuh oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta kerajaan negeri Kedah ini turut tercatat didalam ‘Malaysia Book of Records’ (MBOR), kerana telah disertai oleh seramai 2300 peserta yang mewakili lebih dari 20 buah negara.

Pasukan Kulinari UiTMCPP yang diwakili oleh 44 orang peserta telah berjaya meraih 8 pingat emas, 12 pingat perak, 12 pingat gangsa dan 4 diploma menerusi 25 kategori yang disertai.

Foto berkaitan:

Pasukan Kulinari UiTM Pulau Pinang muncul Naib Johan keseluruhan Pasukan Kulinari UiTM Pulau Pinang muncul Naib Johan keseluruhan

1
0