Pameran Innocafe 2019 sempena IR4.0

Pameran Innocafe 2019 sempena IR4.0

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) — Lebih 2,000 peserta dari organisasi sektor swasta dan awam bakal berkongsi projek inovasi masing-masing bersempena Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition (APIC) 2019 anjuran Malaysia Productivity Corporation (MPC) bermula 5 hingga 7 November 2019.

Acara tahunan ini merupakan platform untuk pelbagai industri berkongsi amalan terbaik dalam jaringan kawalan kualiti (QC) untuk peningkatan produktiviti, kualiti, inovasi, penyampaian perkhidmatan dan kepuasan pelanggan di organisasi masing-masing.

Ketua Pengarah MPC, YBhg. Dato’ Abdul Latif Haji Abu Seman berkata keberhasilan pelaksanaan projek Team Excellence yang merupakan idea inovasi dalam organisasi menyumbang kepada penjimatan kos selain penerapan budaya kerja yang efektif dan minda yang produktif.

Dalam program yang sama, Innocafe turut diadakan sempena APIC 2019 sebagai salah satu inisiatif memperkasa dan membangunkan bakat pelajar menerusi kolaborasi bersama industri dan pakar teknologi.

Innocafe 2019 melibatkan hampir 90 pelajar hasil dari kerjasama antara Fakulti Komunikasi & Pengajian Media UiTM Shah Alam dan dibantu oleh rakan strategik Quest International University, Perak dan Virtual X.

Pelajar semester 3 periklanan membina prototaip VR untuk Proton dan MAHB serta kempen kreatif dibawah subjek Penulisan Kopi Periklanan dibawah seliaan Dr Suhaimee Saahar.

Manakala pelajar Perhubungan Awam semester 5 dibawah seliaan En Abuzar Abdul Halim bertanggungjawab menyelia perjalanan majlis agar berjalan lancar.

Mengenai Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC):
Perbadanan Produktivtiti Malaysia (MPC) merupakan Badan Berkanun di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). MPC menjalankan aktiviti bagi peningkatan produktiviti, kualiti dan daya saing. Visi utama MPC ialah menjadi peneraju dalam meningkatkan produktiviti ke arah daya saing global yang kompetitif dan berinovasi.

SUMBER : Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

0
0