Seri Iskandar : Seramai 66 orang pelajar Diploma dari Jabatan Fotografi & Pengimejan Kreatif, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka telah berjaya menyiapkan tugasan akhir mereka.
Pameran karya akhir pelajar telah bertukar platform dari ‘Diploma Show’ yang diadakan di dalam galeri ke platform virtual 3D yang membolehkan orang awam melihat hasil karya fotografi mereka di mana dan pada bila-bila masa sahaja.
Kesemua hasil karya pelajar ini telah dihasilkan sewaktu negara kita dalam situasi pandemik yang mencabar. Proses pembelajaran dan sesi perundingan hasil kerja bersama penyelia juga perlu dilakukan secara atas talian.
Apa yang menyebabkan karya mereka ini dilihat bernilai adalah kerana proses serta kesungguhan mereka menyiapkan karya walaupun terpaksa melalui kekangan semasa situasi PKP.