PAMERAN 50 TAHUN AD SEMPENA KUALA LUMPUR BIENNALE 2017

SHAH ALAM – Demi membangunkan industri seni kontemporari yang berupaya memartabatkan seni tempatan di persada dunia juga penerapan identiti Malaysia dan profil negara, penganjuran edisi pertama Kuala Lumpur Biennale (KLB) 2017 oleh Balai Seni Negara dilihat sebagai menyahut pengumuman Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang mengisytiharkan ‘creative economy’ sebagai aset baharu negara. Usaha Balai Seni Negara bagi penganjuran KLB 2017 memperluaskan jaringan kerjasama pelbagai pihak serta berdaya maju menempatkan Malaysia dalam kalangan negara Asia yang gigih membangunkan sektor ekonomi kreatif global.

0
0