Puncak Alam, 28 Jun 2024 – Persatuan PALAPES UiTM Cawangan Selangor telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PALAPES yang bertujuan merapatkan hubungan antara Persatuan PALAPES dengan pengurusan tertinggi UiTM, meraikan Pegawai Kadet dan meningkatkan kemahiran dalam penganjuran sesuatu majlis. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh 100 orang Pegawai Kadet secara fizikal dan 270 orang lagi mengikuti secara atas talian.
Mesyuarat juga turut disertakan sesi “Sharing Session” yang disampaikan oleh 4 Pegawai Kadet dengan perkongsian topik Kepentingan Industri Pertahanan Malaysia Terhadap Negara, Youth Perception Towards Malaysians Armed Foresight, Cyberjaya Security dan Sejarah Sistem Ketenteraan dan Pertahanan Islam.
Hadir mewakili Rektor merasmikan mesyuarat adalah YBrs. Profesor Madya Dr Badrul Isa, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Selangor. Dalam ucapannya, beliau menitikberatkan pembangunan jati diri dikalangan mahasiswa selain turut menyatakan penghargaan kepada Pegawai Kadet yang menyumbang khidmat bakti mereka kepada UiTM.