Nurses Day 2024 anjuran Nursing Student Association (Nusa), Fakulti Sains Kesihatan Sesi 2023/2024

Puncak Alam, 7 Jun 2024 – Nursing Student Association (NUSA), Fakulti Sains Kesihatan Sesi 2023/2024 telah menganjurkan  program iaitu Nurses Day 2024. Program ini telah dijalankan secara fizikal di bilik seminar, aras 8, FSK 6. Program ini dihadiri oleh  pensyarah, instruktor klinikal dan juga seramai 133 orang pelajar kejururawatan termasuk 2 orang pelajar antarabangsa. Tidak lupa juga kepada penceramah jemputan pada hari berkenaan iaitu Dr. Kartini Binti Ilias yang merupakan Ketua Jabatan Sains Asas, Fakulti Sains Kesihatan. Program ini telah berlangsung pada pukul 11 pagi dan tamat pada jam 2 petang.

Program ini dianjurkan oleh Nursing Student Association (NUSA), Fakulti Sains Kesihatan Sesi 2023/2024 dengan tujuan untuk meraikan serta menghargai jasa dan pengorbanan kepada semua jururawat yang memberi perkhidmatan kesihatan termasuk juga kepada para pelajar kejururawatan yang disambut pada setiap tahun. Di samping itu, program ini juga bertujuan untuk memberikan kesedaran mengenai pentingnya profesyen jururawat dalam memenuhi sistem penjagaan kesihatan serta mampu menjadi landasan untuk merapatkan ukhwah dan memantapkan institusi kekeluargaan dikalangan pensyarah, instruktor klinikal dan pelajar kejururawatan.

Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang program berlangsung bagi menyempurnakan program Nurses Day 2024. Antaranya, terdapat beberapa permainan mini iaitu Music Chair, Lucky Chair dan juga Teka-Teki Barang yang turut disertai oleh pensyarah, instruktor klinikal dan para pelajar kejururawatan untuk mengeratkan hubungan antara peserta dan memperkukuh kerjasama. Selain itu, terdapat juga persembahan dari para pelajar iaitu persembahan deklamasi sajak, wirama sari dan nyanyian koir turut diadakan bagi memeriahkan majlis. Seterusnya, sesi ceramah khusus mengenai ‘Jururawat dan Kesihatan Mental’ telah disampaikan dengan jayanya oleh Dr Kartini Binti Ilias bertujuan untuk memupuk kesedaran mengenai pentingnya kesihatan mental dalam kalangan jururawat. Ceramah ini sangat penting kerana ia memberikan pendedahan dan panduan kepada jururawat  dan pelajar kejururawatan untuk menjaga kesejahteraan mental masing-masing sewaktu menjalankan tanggungjawab, di samping terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada pesakit.

Seramai 164 orang telah turut serta bagi memeriahkan program ini disamping 31 orang ahli jawatankuasa pelaksana program yang terdiri daripada ahli Nursing Student Association (NUSA), Fakulti Sains Kesihatan, sesi 2023/2024. Program ini telah dirasmikan oleh Dr Siti Khuzaimah Binti Ahmad Sharoni iaitu Ketua Pusat Pengajian Kejururawatan Fakulti Sains Kesihatan 2024. Program ini telah berjalan dengan lancar serta penuh kemeriahan yang diberikan oleh semua pensyarah, instruktor klinikal dan semua pelajar kejururawatan sepanjang aktiviti-aktiviti ini berlangsung.

Pihak penganjur berharap agar program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang kerana program seperti ini terbukti memberi impak yang positif kepada para pelajar di Fakulti Sains Kesihatan terutamanya dalam bidang kepimpinan. Objektif yang dirangka bagi program ini juga telah berjaya dicapai dan diharapkan ia akan dapat memberi faedah kepada semua peserta yang hadir.